Home > Latest News


Year 2015

Yayasan CNI Meterai Usahasama Dengan FCPAAM Sokong Gerakan Kesihatan Perubatan Tradisional Cina

Published: May 1, 2015

Sebuah memorandum persefahaman telah dimeterai antara Yayasan CNI dan Persekutuan Persatuan Tabib Perubatan Tradisional Cina Dan Akupunktur Malaysia (FCPAAM) di Wisma CNI, Shah Alam, pada 21 April bagi menyokong gerakan kesihatan perubatan tradisional Cina yang dikenali sebagai National Nature TCM Physician Wellness Movement.

Yayasan CNI dan FCPAAM masing-masing menyokong konsep pembaikan kesihatan fizikal secara semula jadi, dan usahasama ini dipercayai dapat membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk meraih manfaat daripada gerakan ini. Selaras dengan itu, Yayasan CNI telah memberi sokongan berjumlah RM10,000.00 kepada FCPAAM, sebuah pertubuhan bukan untung, bagi membolehkan mereka mengadakan 100 sesi perkhidmatan rundingan kesihatan di seluruh negara. Perkhidmatan ini adalah percuma dan terbuka kepada semua supaya setiap orang berpeluang mengambil manfaat daripadanya, di samping meringankan beban masyarakat terutama dengan kenaikan kos hidup dan perubatan ketika ini.

Setakat ini, FCPAAM telah mengadakan banyak perkhidmatan rundingan di seluruh Malaysia dan terlibat dalam banyak usahasama dengan pelbagai organisasi ke arah pembangunan dan peningkatan teknologi dan rawatan perubatan Cina. Selama bertahun-tahun, misi mereka telah disokong oleh banyak korporat dan pertubuhan bagi menggalakkan perkhidmatan rundingan untuk manfaat komuniti pelbagai bangsa.

Menurut Presiden Yayasan CNI, Datin Angeline Koh, perkhidmatan yang disediakan oleh FCPAAM adalah saling melengkapi aktiviti amal yang dijalankan oleh Yayasan CNI. Yayasan CNI yakin perkhidmatan perubatan tradisional Cina ini akan dapat meluaskan lagi lingkungan PKP dan menambah nilai terhadap aktiviti amal itu. Beliau juga berharap gerakan ini dapat membawa erti yang bernilai kepada mereka yang memerlukan.

Selepas majlis menandatangani persefahaman dan sidang akhbar, sebuah sesi perkhidmatan rundingan kesihatan oleh FCPAAM telah diadakan dan mendapat sambutan baik dari para tetamu kehormat, rakan media, orang ramai, dan juga kakitangan CNI.

 

CNI Cemerlang Di Persada Global

Published: March 1, 2014

 

Majlis perasmian CNI Thailand pada 11 Januari 2015 dihadiri oleh tetamu VVIP Puan Yang Terutama Dato Nazirah Hussain, Duta Besar Malaysia ke Bangkok (tengah), dan Pesuruhjaya Perdagangan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Bangkok, Niqman Rafaee Mohd Sahar (tujuh dari kanan), berserta CEO CNI Corporation, Sam Cheong & CEO CNI Global, Kelvin Koh dan dif-dif kehormat dari CNI Malaysia.

Pelancaran R'Secrète pada 11/01/2015 dimeriahkan oleh duta R'Secrète, Chris Tong, Miss Grand International Khun Pla, dif-dif kehormat CNI Malaysia dan lebih 500 para tetamu.

 

Flood Victims Humanity Aid – Langkah Proaktif Yayasan CNI Bantu Mangsa Banjir

Published: Febuary 1, 2015

 

Kutipan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan dari orang awan anjuran Yayasan CNI dengan kerjasama dari MERCY Malaysia, Utusan Malaysia dan aiFM telah bermula dari 31 Disember 2014 hingga 12 Januari 2015. Pada 5 Januari, sumbangan bernilai RM15,000 telah diserahkan melalui Utusan Malaysia dan pada 9 Januari, sumbangan barangan bernilai RM100,000 telah diserahkan oleh Yayasan CNI kepada MERCY Malaysia untuk diagih-agihkan kepada mangsamangsa banjir di Kelantan, negeri yang paling teruk dilanda banjir lewat Disember lalu.

Di samping itu, Yayasan CNI turut menubuhkan ResQ Team yang terdiri daripada kakitangan Syarikat untuk memberi sokongan moral kepada para usahawan CNI yang terjejas akibat banjir di Kota Bharu, Kuala Terengganu, Dungun, Kemaman, Kuantan dan Temerloh. Dalam lawatan yang bermula dari 15 hingga 18 Januari itu, para usahawan tersebut telah menerima bantuan daripada Yayasan CNI sebagai tanda keprihatinan Syarikat. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, kami berdoa semoga semua warga CNI mangsa banjir, dan masyarakat yang terlibat amnya, agar tabah dalam membina semula kehidupan mereka.

 

Lawatan Rasmi Perkasakan KPDNKK, Majukan CNI

Published: January 1, 2015

 

"Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan," itulah kata pembuka bicara oleh CEO CNI Enterprise, Kelvin Koh, di dalam ucapan rasminya menyambut kunjungan Yang Berhormat Dato' Sri Hasan Bin Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan delegasi dari kementerian tersebut pada 16 Disember di Wisma CNI.

Lawatan rasmi KPDNKK ini bertujuan untuk lebih mengenali dan memahami operasi, standard, dan dasar yang menjadi budaya dan amalan CNI dalam mengeluarkan rangkaian produk sendiri, dan seterusnya membawa jenama Malaysia ini hingga ke persada global. Matlamat lawatan ini juga seiring dengan misi Kementerian untuk menggerakkan sektor domestik berdaya saing, progresif dan mampan.

Hasil lawatan ini, Y.B Dato' Sri telah menyuarakan rasa puas hati dan kagum dengan kelengkapan teknologi, kepakaran dan pengalaman pengilangan CNI dalam kesungguhan Syarikat untuk membuktikan bahawa syarikat tempatan juga mampu menghasilkan produk berkualiti dan bersaing dengan syarikat-syarikat antarabangsa dalam

Lawatan rasmi ini sungguh bermakna bagi CNI kerana ia merupakan peluang keemasan untuk mengeratkan lagi hubungan baik dengan pihak KPDNKK di samping bertukar-tukar fikiran dengan pihak KPDNKK untuk memantapkan lagi kekuatan CNI. Apatah lagi, di kala menyambut ulang tahun ke-25 tahun ini, CNI telah mendapat lesen AJL untuk tempoh 5 tahun daripada KPDNKK yang sukar diperolehi.

Dif-dif kehormat dari KPDNKK termasuk Y.B Dato' Sri Alias bin Haji Ahmad, Ketua Setiausaha, Y.B Dato' Azmi Bin Lateh, Timbalan Ketua Setiausaha, Abu Samah bin Shabudin, Pengarah Bahagian Perdagangan Dalam Negeri, dan Tuan Haji Mior Najmuddin Bin Mior Zulkifli, Pengarah KPDNK Selangor, yang disertai oleh Dato' Koh Peng Chor, Pengerusi CNI Holdings, Bapak Yanki Regan, Pengerusi CNI Corporation dan Sepang GoldCoast, Frederick Ng, Presiden DSAM,

Home | About Us | Business Activities | Achievements | Investor Relations | Media Center | Contact Us

Copyright © 2005 - 2022 Citra Nusa Holdings Berhad